Friday, 17 August 2012

Balik kampung.


Kedengaran lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad di corong radio. Serta merta kenangan manis ku terbayang di tubir mata. Ahh indahnya saat itu. Terpancar riak keletihan di muka abahku. Sang bapa yang memandu sampai sakit belakang, sakit pinggang. Kami anak - anak hanya tahu bersuka ria menikmati indahnya pemandangan. 

*** CUT!! ***

Ahhh. Musnah ayat gramatis aku. Baru nak bajet macam dalam novel. Tapi ada pulak director nak menge-cut ayat sedap tu. hahaha. #Elehhh, padahal tadak idea. Piiii la. Petang yang nyaman ni, aku sedang menaip sambil tersenyum senyum. Ceiytt. Nyaman kah? Panas ja aku rasa. hahaha XD

K sambung balik. Aku tersenyum senyum sebab malam ni aku akan berangkat ke kampung halamanku. 6 jam perjalanan bagi yg mengamalkan safe journey seperti abahku. Kalau yang suka speed tu mungkin 4 jam sudah sampai. Kuantan ke Kota Bharu. 

Teringat balik zaman budak - budak dulu. Setiap jam mesti tanya mak. "Dekat mana dah ni?" , "berapa jam lagi nak sampai?". yela, budak - budak kan. Tahu apa sangat. :) Tapi seriously aku rindu saat itu. Dalam kereta, pasang radio kalau boleh sehabis kuat lepas tu berduet dengan aku lagu Balik Kampung.

"OooooOooo balik kampung, OooooOooo balik kampung. hati girangggg..."

Dah la tu. Aku bagi chorus je. kang nak nyanyi satu lagu, penuh dengan lirik ja entry ni. kihkih :D Baju baju semua aku dah kemas. Siap tersusun rapi dalam beg bercorak plaid tu. Baru tengah hari tadi siap. Cuma towel dengan baju kurung raya aku belum isi. Yang itu kes istimewa. Isi dalam beg lain lah. :)

Raya tahun ni, aku bercadang nak bawak balik buku Biology dengan Addmath. nak study sikit - sikit dua subjek tu. Bukan boleh tak study, kang ada yang lupa. Naya je. huhu. Hmm, lagipun cikgu aku dah pesan tahun ni jangan beraya beria sangat. "Seminggu lepas raya, trial. Ingat pesan saya ni, pagi raya tu lepas salam dengan semua ahli keluarga dan makan masuk dalam bilik buka buku Bio."

Tu pesan cikgu Biology aku. Masalahnya sekarang boleh ke nak buat ni. Family aku boleh dikatakan besar. Kalau hari pertama dan kedua tu memang tak lekat kat rumah. Ada je rumah waris - warah nak gi. Aihhh. 

Sekarang nak dekat pukul 4 dah. better aku stop menaip, nanti tak pasal pasal mak aku membebel. hihi. Okaylah sampai sini je karangan aku hari ni. Nak ucap awal awal, nanti kang takut tak sempat update bila dah ada dekat kampung.



Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Ampun dan maaf kupinta sekiranya ada menyinggung perasaan.
Jangan simpan dalam hati yaa? :)

Salam lebaran,
Nurul Amanina Binti Mohd Jailani.

p/s : Tajuk header baru yang ada maksud tersendiri. :)

8 comments:

Pinky Aina said...

Selamat Hari Raya akak comel :)

Pinky Aina said...

Selamat Hari Raya akak comel :)

Myungseob said...

Selamat hari raya akak :)

♥ Cik Zack ♥ said...

smat hari ryeee si comelssss :)))

amy syahiera said...

selamat hari raya sys ,
pic sys yg nie comel ,

#header tu menunjukkan sys accept someone special ke ? HAHA

Izara4eva™ said...

selamat hari raya.. dtg la beraya kt umah.. :D

Nurrul said...

Selamat Hari raya ^^

Afifah Bt. Alias said...

Selamat Hari Raya! Tak terlampat lagi kan nak wish ? hehehe